KISAH PERANG BADAR 313 PASUKAN ISLAM
9.(Ingatlah)
ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan
permohonan kamu (dengan firmanNya): “Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan
seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut. 10.Dan
Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira
dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula
hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Surah
al-Anfaal ayat 9-10
Perang Badar
tercetus
pada 17 Ramadhan 2H bersamaan 17 March 624M. Perang ini terjadi di satu kawasan
yang berada di antara Mekah dan Madinah. Nama Perang Badar dinisbatkan kepada
sumur yang dikenali Sumur Badar. Adapun, Sumur Badar dinisbatkan kepada seorang
penggali sumur tersebut, Badar bin an-Narin. Badar terletak 60 km ke arah kota
Mekah daripada Madinah.
Kerisauan
Rasulullah saw
Perang
pertama dalam sejarah Islam ini meletus di mana Rasulullah saw baru sahaja
berada di Madinah selama dua tahun. Iman para sahabat Ansar juga masih lagi
mentah. Pada saat peperangan ini meletus, Rasullulah saw cukup risau dengan
keadaan ini.
Maka terjadi
satu peristiwa di mana seorang sahabat Rasulullah saw, Miqdad bin Amr ra
bangkit melontar kata-kata wibawa terhadap junjungan besar kita, Muhammad saw.
Miqdad bin Amr ra berkata,
“Wahai
Rasulullah saw, laksanakanlah apa yang telah Allah perintahkan kepadamu, Demi
Allah kami sentiasa bersamamu. Kami tidak akan berkata sebagaimana perkataan
bani Israil kepada Nabi Musa as, ‘Pergilah kamu bersama Rabb-mu, dan
berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja.”
(Miqdad bin Amr ra membacakan sebahagian ayat dalam surah al-Maa’idah ayat 24).
“Akan tetapi
kami berkata, “Pergilah engkau bersama Rabb-mu dan berperanglah kamu berdua,
sesungguhnya kami menyertai kalian berdua. Demi Zat yang telah mengutuskanmu
dengan kebenaran, seandainya engkau membawa kami menyertaimu ke Birkil
Ghimaad(kota Habsyah), nescaya kami akan sentiasa bersamamu dari berangkat
sampai engkau tiba di sana”
Diriwayatkan
bahawa, muka Rasulullah saw lantas bertukar ceria dan bergitu bermotivasi. Ia
bertambah menyakinkan Rasulullah saw apabila pemuka daripada bani Aus di
kalangan golongan Ansar, Saad bin Muadz bangkit memberi jaminan taat setia
kepada Rasulullah saw. Sebelum peperangan bermula, sepupu Rasulullah, Ali bin
Abi Talib dan Ubaidah bin al-Harits serta bapa saudara baginda Hamzah bin Abdul
Mutalib tampil ke hadapan menyahut cabaran para Musyrikin Mekah.
Jumlah yang
sedikit
Keadaan
perang semakin meruncing. Musuh yang ingin ditentang terdiri daripada dua
golongan. Pertama, kabilah yang membawa hasil dagangan haram(iaitu harta milik
orang Islam sebelum berhijrah ke Madinah) di bawah pimpinan Abu Sufyan dan
kedua, angkatan perang daripada Mekah berkekuatan 1000 orang pimpinan Amr bin
Islam atau lebih dikenali Abu Jahal.
Jumlah
tentera Islam pula kurang tiga kali ganda berbanding jumlah tentera Musyrikin.
Ada riwayat menyatakan 300 orang dan ada riwayat menyatakan dengan lebih tepat
iaitu 313 orang.
Memandangkan
jumlah yang bergitu ketara, ia mengundang kegelisahan dan kegusaran di dalam
lubuk hati Rasulullah saw. Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas ra, ia
berkata bahawa Rasulullah saw berdoa ketika Perang Badar,
“Ya Allah,
Aku memohon kepada-Mu, penuhilah janji-Mu. Ya Allah, jika Kau menghendaki, maka
Kau tidak disembah lagi”
Mendengar
rintihan Rasulullah saw, Abu Bakar ra mengambil tangan Rasulullah saw yang
mulia sambil berseru, “Cukup wahai Rasulullah saw”. Kemudian Abu Bakar ra
bangkit menuju ke arah tentera Musyrikin dan membacakan ayat daripada Surah
Al-Qamar ayat 45, “Golongan itu pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur
ke belakang”.
Jumlah yang
sedikit tidak pernah melunturkan semangat Jihad tentera Muslimin pimpinan
Rasulullah saw.
Pertolongan
Tentera Allah
Janji Allah
swt sentiasa benar. Melalui ayat 9 sehingga 10 surah Al-Anfaal, Allah swt telah
menjanjikan bantuan para Malaikat untuk kaum muslimin semasa Perang Badar. Ia
ternyata benar apabila beberapa hadis menyatakan terdapat para sahabat
membicarakan perihal ini dengan terperinci. Antara para sahabat yang pernah
membicarakannya adalah Ibnu Abbas ra, Umar al-Khattab ra, Ali bin Abi Talib ra
dan Rifa’ah bin Rafi’ az Zuraqi ra.
Bagaimana
Malaikat menolong tentera Perang Badar?
Para tentera
Allah iaitu para Malaikat menolong para tentera muslimin dengan bantuan 1000
malaikat yang berturut-turut. Jumlahnya telah mampu mengerunkan tentera
musyrikin yang pada awalnya beranggapan mereka mampu menewaskan tentera
muslimin dengan mudah.
Daripada
1000 Malaikat tersebut, mereka berpecah kepada dua menjadikan masing-masing
adalah 500 malaikat. Setiap pecahan tersebut diketuai oleh malaikat Jibrail as
dan malaikat Mikail as. Malaikat Jibrail as mengetuai bahagian kanan manakala
malaikat Mikail as mengetuai bahagian kiri. Ia bersesuaian dengan riwayat
daripada Ibnu Abbas ra.
Ali bin Abi
Thalhah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra bahawa beliau berkata,
“Allah swt menolong
Nabi dan orang-orang yang beriman dengan seribu Malaikat, dan Jibrail as
termasuk di dalam golongan kelompok lima ratus pertama yang menyerbu musuh
daripada sebelah kanan mereka, manakala Mikail as termasuk di dalam lima ratus
kedua yang menyerang dari arah kiri mereka.”
Jibrail as
juga diriwayatkan menunggang kudanya iaitu Haizum semasa Perang Badar. Malaikat
Jibrail as langsung tidak memberi muka kepada tentera kafir musyrikin
sehinggakan terdapat tentera musyrikin diriwayatkan terbelah wajah mereka
akibat pukulan cambuk.
Imam Abu
Jaafar ath-Tabari dan Imam Muslim telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas dari Umar
al-Khattab. Dalam riwayat tersebut disebutkan,
“Tatkala
seorang bersungguh-sungguh melawan orang musyrik yang ada di hadapannya,
tiba-tiba dia mendengar suara lecutan cambuk di atasnya dan suara penunggang
kuda yang berkata, “Majulah Haizum(nama kuda Jibrail as). Tiba-tiba ia melihat
si musyrik telah mati terkapar di hadapannya. Kemudian ia melihatnya dari
dekat, ternyata hidungnya telah terpukul dan wajahnya terbelah seperti pukulan
cambuk. Mukanya menjadi lebam(akibat pukulan cambuk). Lalu orang Ansar tadi
mendatangi Rasulullah saw dan menceritakan kepada beliau. Rasulullah saw
bersabda. “Engkau benar, itu adalah bantuan daripada langit ketiga.”
Pada kejadian tersebut, yang terbunu dari orang-orang musyrik sebanyak tujuh
puluh orang dan yang ditawan sebanyak tujuh puluh orang”
Tanda
pengenalan Tentera Allah
Dalam satu
ayat yang lain dalam surah Ali Imran ayat 123 sehingga 124, Allah berfirman,
123.
(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman
(untuk menguatkan semangat mereka): “Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah
membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,” 124.
Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka
(musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan
lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.
Turunnya
para Malaikat untuk bergabung dengan tentera muslimin telah memakai beberapa
tanda pengenalan. Bala tentera bantuan Allah swt ini adalah kekuatan sebenar
tentera mukmin semasa Perang Badar. Para Malaikat menunjukkan semangat juang
yang bergitu tinggi.
Ia diperakui
sendiri oleh Malaikat Jibrail as sewaktu datang menanyakan Rasulullah perihal
pendapat peribadi Rasulullah berkenaan umatnya yang berperang di Badar.
Rasulullah saw lantas menjawab, “Mereka adalah dikalangan yang terbaik”.
Jibrail terus menjawab bagi pihaknya, “Bergitu juga yang ikut berperang bagi
pihak Malaikat”.
Dalam
kekacauan perang tersebut, ramai juga sahabat menyedari kehadiran tentera
misteri yang mana mereka langsung tidak mengenalinya sebelum ini. Akibat sibuk
membasmi musuh yang menerkam, mereka terpaksa mendiam diri sehingga perang
tamat.
Sebaik
perang tamat dan mereka telah pun berada di Madinah, timbul beberapa cerita
misteri sehingga diriwayatkan dalam beberapa hadis Shahih.
Bulu Putih
Antaranya
adalah sahabat besar Rasulullah saw dan sepupu baginda, Ali bin Abi Talib ra.
Abu Ishaq as-Suddi meriwayatkan dari Haritsah bin Mudhrib, Ali bin Abi Talib ra
berkata,“Tanda mereka pada perang Badar adalah bulu putih. Juga ada tanda pada
ubun-ubun kuda mereka.”
Tanda Imamah
Mak-hul
mengatakan, “Bertanda imamah(berserban yang dililitkan di kepala). Tanda para
Malaikat pada Perang Badar adalah serban berwarna hitam manakala pada Perang
Hunain adalah serban berwarna merah”
Serban
Kuning
Ibnu Abi
Hatim meriwayatkan dari Yahya bin Abbad bahawa Zubair ra pada Perag Badar
mengenakan serban kuning dengan melipatnya, lalu turunlah para Malaikat, juga
menggunakan serban kuning.
Kemenangan
mutlak orang beriman
Bergitulah
yang berlaku di Perang Badar, perang pertama bagi umat Islam.
Walaubagaimanapun, penulis yakin ramai yang tidak tahu bahawa perang ini
terjadi hanya kerana Kaum Musyrikin datang untuk menyelamatkan kafilah dagang
Abu Sufyan selain daripada usaha untuk menghapuskan syiar Islam daripada muka
bumi.
Pada
mulanya, Rasulullah saw dan para sahabat lain hanya ingin mencegah kafilah
dagang Abu Sufyan yang dipercayai telah dibiayai dengan menggunakan harta kaum
Muslimin di Mekah sewaktu sepeninggalan mereka setelah berhijrah ke Madinah.
Dek kerana ketidakpuasan hati dengan ketamakan Abu Sufyan, Rasulullah saw
bergegas menyekat kabilah tersebut. Namun, seorang utusan Abu Sufyan bernama
Dhamdham bin Amr al-Ghifari telah dihantar ke Mekah untuk memohon bantuan.
Lantaran
itu, Abu Jahal bangkit bersama rakan-rakannya yang lain untuk menolong Abu
Sufyan disamping untuk menghapuskan Islam dan menyelamatkan ‘harta’ mereka yang
dibawa oleh Abu Sufyan.
Gerombolan
yang dibawa Abu Jahal mencecah 1000 orang yang lengkap bersenjata, berbaju
besi,topi baja, pasukan berkuda dengan pelbagai perhiasan sedangkan tentera
mukmin hanya berjumlah 313 orang dilengkapi dengan dua ekor kuda dan tujuh
puluh ekor unta. Baki yang lain hanya berjalan kaki. Kebanyakan mereka tidak
dilengkapi dengan baju besi dan topi.
Dengan saiz
kekuatan musuh yang bergitu, amat wajar Rasulullah saw berasa
risau kemungkinan kekalahan tentera Islam semasa Perang Badar.
Disebabkan itu, Rasulullah saw kelihatan sugul dan bimbang. Namun, Allah swt
sudah merancanakan semuanya. Dengan kekuasaan-Nya, diturunkan para gerombolan
Malaikat memberi bantuan kudrat kepada Rasulullah saw dan tentera muslimin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
WARNING !!!
- Gunakahlan Kata yang Efektif !
- Anda Sopan Kami Segan !
- Dilarang Spam,Flood,DLL !
- Dilarang Menggunakan Link Aktif / Hidup !
- Dilarang Membuat Rusuh dikomentar !
- Mohon Maaf Jika komentar anda tidak dibalas oleh Admin !
Tulislah setiap kata dengan penuh makna kesopanan.
By : Arief Abdillah 14